Tg Dawai - M'sia
Memandangkan ayahandaku masih kurang sihat maka aku ‘takeaway‘ GT Avalance All Terra tu. Nak maintain stamina yang semakin menghilang ni aku plan nak buat kayuhan bendang di kampung. Cantik menarik badabom aku jumpa member kampung yg dah kayuh lama dah. Unn reja kat Agilent. Merida punya geng.
Janji pukul 6:30pagi tapi macam biasalah janji masa petang kelmarin. 7pagi baru start. Lalu area bendang Jalan Baru Sungai Deraka ke Merbok.
Singgah makan kuih di Pekan Merbok. Betoi betoi simpang ke Batu Pahat Muzium Arkeologi Lembah Bujang.
Unn sempat check wallet dia. Takut bagi semua kat tokeh kedai masa bayaq tadi. Jom sambung kayuh!
Selalu ulang alik kot sini tapi tak tau ada tapak baru Chandi sebijik yang macam kat Muzium Lembah Bujang. Depa jumpa satu kesan kota lama jenih Chandi Borrubudor.
Sebab depa kata tempat ni bakal jadi muzium aku pun apa lagi. Terus tulih nama sebagai tanda penemuan bersama satu tempat prasejarah yang hebat dikala dunia moden menghimpit kononnya. Siap no 2 lagi. Err.. untuk pagi buta ni la. he.. he..
Tiba tiba camera phone aku jadi gebu lepas melawat bakal muzium tadi. Pasai apa? pasai apa? Mamat depan nun kentut aku rasa.. Kayuhan continue sambil tahan napas 15 menet.
Aik!Kayuh punya kayuh sampai oversea?. Bukan la. Ni la Universiti kat Semeling… Bukan kat Thailand atau Bangladesh. AIMST! Apa ke jenih U ntah.. Dengaq kata MIC punya
Macam ni ja gaya aku masa di'gambar'kan. Sama kan?
Masih steady walaupun dah sampai ke kilang besi paling panas didunia. PERWAJA GURUN. Masa ni cuaca masih A lagi. Takdak masalah langsung aih.
Lalu pulak kot kilang nenas paling moden ninunia. MODENAS. Ewah.. sanggup ikut jalan ke Sik bagi jauh sikit sebab ada down hill sikit he.. he.. dah mula panaih dah! Sedikit penyesalan terdetik!
Kepak ke kiri masuk balik ke Jalan Gunung Jerai > Guar Chempedak
Baru hari ni aku tau! terusan Wan Mat Saman sampai ke sini. Ingat kat area Aloq Setaq saja.
Singgah ke kampung Unn. Ingat nak surprise Tok dia kata kayuh dari Tg Dawai. Dalam hati ada rasa bangga, juah, takbur. Mesti surprise Tok dia punya. Mesti dia kata kami terrer dan dahsyat!!!.
Last Tok dia selamba saja kata “Masa dulu dulu Tok pi sampai Pendang jalan kaki ja tadak GEREK aih....” Aku sebek teruih….!!!Teruih snap foto Tok satu…
Balik ikut belakang Gunung Jerai> Yan
Ni dah 3/4 keliling gunung dah.. bukan aku 3/4 ya.
Wah! Ada orang casting pulak.. hello! gang..
Belakang Gunung Jerai ada sungai ayaq jernih rupanya. Depan sekolah Pumpong (kali pertama yag 1st time aku lalu sini)
Kayuh semana jauh pun, kesini jualah kita semua nanti..
Take 5 dulu sebelum naik Tanjung Jaga nuh..
Tanjung Jaga.. last stage sebelum Singkir Laut > balik.
Track ni 80km. Respek sama member kampung ni kayuh tak payah pakai seluar pad,glove pun.
Ada kejadian pelik trip ni. Kami jumpa pompuan dok tengah jalan nak bagi kereta langgar. Mau bunuh diri katanya. Tak sempat nak captured camera. Aku panik. Unn sempat pi selamat. Tapi bila lori besaq mai dia lari pulak...
Moral of the journey. DON'T COMMIT SUICIDE LA
No comments:
Post a Comment