Friday, August 13, 2010

Rancangan tergendala sebentar...

Assalamualaikum semua,

Segalan aktiviti bermalam di hutan dan mencasting ikan dihentikan buat sementara waktu sementara menanti Lanusin junior menjengoikan diri Insyaallah hujung bulan Sept atau awai Oct '10 ni.

Buat masa ni hanya berPS2 dirumah ja.. Wassalam.. selamat menjalani ibadat puasa dan selamat hari raya.

Tuesday, December 1, 2009

From PG to KM.... A story to tell

Nothing more that i can say. Miss u all PGer's.. MHS, Scam and Deflux.. Wish u all the bestlah in future.. Ada kenduri jangan lupa invite tau.. Anyway kita masih lagi in same kompeni..

So sorrylah for any inconvience causes during my management ha. Macam macam ada........



Show terakhir di PG7.. lawan berdiri 1 kaki sempena 1Malaysia.. Dan last "wafer" in PG7






Posing istimewa dari Ah Lean






Tuesday, August 18, 2009

Kedah Sejahtera Tg Dawai > Gurun >Yan > Tg Dawai

Kampungku sudah berjaya
Pembangunan sekeliling
Ada jentera ada kereta proton saga
Sawah padi menguning..................
Hampa ingat tak lagi lagu kat RTM 1992 ni?

Tg Dawai - M'sia
Memandangkan ayahandaku masih kurang sihat maka aku ‘takeaway‘ GT Avalance All Terra tu. Nak maintain stamina yang semakin menghilang ni aku plan nak buat kayuhan bendang di kampung. Cantik menarik badabom aku jumpa member kampung yg dah kayuh lama dah. Unn reja kat Agilent. Merida punya geng.




Janji pukul 6:30pagi tapi macam biasalah janji masa petang kelmarin. 7pagi baru start. Lalu area bendang Jalan Baru Sungai Deraka ke Merbok.
Kalau Azizan ada dia mesti kata "fuh..banyak oksigen nih! no?". Sambil kayuh dok ushar spot casting haruan. Siok wo kampung ku..



Gunung Jerai di belakang si sana nun...




Singgah makan kuih di Pekan Merbok. Betoi betoi simpang ke Batu Pahat Muzium Arkeologi Lembah Bujang.




Unn sempat check wallet dia. Takut bagi semua kat tokeh kedai masa bayaq tadi. Jom sambung kayuh!


Selalu ulang alik kot sini tapi tak tau ada tapak baru Chandi sebijik yang macam kat Muzium Lembah Bujang. Depa jumpa satu kesan kota lama jenih Chandi Borrubudor.



Sebab depa kata tempat ni bakal jadi muzium aku pun apa lagi. Terus tulih nama sebagai tanda penemuan bersama satu tempat prasejarah yang hebat dikala dunia moden menghimpit kononnya. Siap no 2 lagi. Err.. untuk pagi buta ni la. he.. he..






Tiba tiba camera phone aku jadi gebu lepas melawat bakal muzium tadi. Pasai apa? pasai apa? Mamat depan nun kentut aku rasa.. Kayuhan continue sambil tahan napas 15 menet.

Aik!Kayuh punya kayuh sampai oversea?. Bukan la. Ni la Universiti kat Semeling… Bukan kat Thailand atau Bangladesh. AIMST! Apa ke jenih U ntah.. Dengaq kata MIC punya




Macam ni ja gaya aku masa di'gambar'kan. Sama kan?



Masih steady walaupun dah sampai ke kilang besi paling panas didunia. PERWAJA GURUN. Masa ni cuaca masih A lagi. Takdak masalah langsung aih.




Lalu pulak kot kilang nenas paling moden ninunia. MODENAS. Ewah.. sanggup ikut jalan ke Sik bagi jauh sikit sebab ada down hill sikit he.. he.. dah mula panaih dah! Sedikit penyesalan terdetik!



Kepak ke kiri masuk balik ke Jalan Gunung Jerai > Guar Chempedak




Baru hari ni aku tau! terusan Wan Mat Saman sampai ke sini. Ingat kat area Aloq Setaq saja.



Singgah ke kampung Unn. Ingat nak surprise Tok dia kata kayuh dari Tg Dawai. Dalam hati ada rasa bangga, juah, takbur. Mesti surprise Tok dia punya. Mesti dia kata kami terrer dan dahsyat!!!.


Last Tok dia selamba saja kata “Masa dulu dulu Tok pi sampai Pendang jalan kaki ja tadak GEREK aih....” Aku sebek teruih….!!!Teruih snap foto Tok satu…

Balik ikut belakang Gunung Jerai> Yan



Ni dah 3/4 keliling gunung dah.. bukan aku 3/4 ya.



Wah! Ada orang casting pulak.. hello! gang..




Belakang Gunung Jerai ada sungai ayaq jernih rupanya. Depan sekolah Pumpong (kali pertama yag 1st time aku lalu sini)




Kayuh semana jauh pun, kesini jualah kita semua nanti..



Take 5 dulu sebelum naik Tanjung Jaga nuh..

Tanjung Jaga.. last stage sebelum Singkir Laut > balik.



Track ni 80km. Respek sama member kampung ni kayuh tak payah pakai seluar pad,glove pun.

Ada kejadian pelik trip ni. Kami jumpa pompuan dok tengah jalan nak bagi kereta langgar. Mau bunuh diri katanya. Tak sempat nak captured camera. Aku panik. Unn sempat pi selamat. Tapi bila lori besaq mai dia lari pulak...


Moral of the journey. DON'T COMMIT SUICIDE LA


Monday, May 11, 2009

Banding 7am-7pm

11 May '09 Aku, Fatah n Mat Pidus sewa bot and upah guide semata - mata nak casting jaa. Maka bawalah kami segala senjata sakti turun menduga tasik Banding yang luas ni. Siap bawa Abu Uto la, FGR dan macam macam lagi.







Sebarau dapat berapa ekoq ja tu pun jenuh pegang kalau nak ukuq size dia sebab kecik. Banyak tomman dan anak anaknya. Memang sangat kurang sebab apa ntah. Ingat sorang mau beribu kali casting sampai masam ketiak ketiak.


1st punya spot set casting mat Pidus kena ragut ala ala berebut tarik tali ke bawah bot tapi hampeh. Rapala GFR yg diwarwarkan pecah kepala. Hampir separuh hari dia dok buat heran rapala tu pecah tinggai muncung ja!. Aku ingat kura kura la tu...he.. he..






Tapi Toman pulak kira terbesaq dalam hidup aku yang aku berjaya.... pegang la.. bukan dapat casting.. he he.. Tekong punya.. aku dapat kecik ja.



Bapak tomman yg hantam rapala tekong kawasan batu hitam dilubuk rahsia tekong. Rasa gak la pinggang angkat ikan nih...


Catch and release tak dilupakan jugak kalau tak perlu sebab "the world is enough for people needs but not enough for people greeds" ...he..he..



Trip yg nak best jugak cuma lapaq sikit sebab tak bawa banyak makanan. Next trip kena bawa banyak makan dan minuman. Dahaga wo tengah tasik...


Masa on the way balik dok plan nak pi trip 2 hari malam jugak laa. Tak puas tarik ikan... Fatah n Mat Pidus dok plan nak pi Sg Seputeh selama dah. Gambaq makhluk dua orang lagi Fatah n Mat Pidus tu mana aku save ntah. Buat sementara waktu ni imej aku ja la kelihatan seadanya...

Saturday, May 2, 2009

AkTiViTi SeMaSa aKu HiDuP......

Setengah orang kata ianya hobi....tapi aku cuma camping... fishing... and cycling... and still keep on camping... fishing and cycling...


Antara kenangan terbest dalam idup aku.. holiau!!